Ninefourty dan Guttenberg

Sekian lama menggunakan theme berkonsepkan portfolio, malam ni saya mencuba theme baru yang diberi nama atomic block.

Sebenarnya saya sedang membuat persediaan untuk fungsi terbaru dalam WordPress 5.0 yang dinamakan – Gutenberg -. Apa dia Gutenberg? Gutenberg dalam bahasa kampung yang mudah adalah cara terbaru menulis dalam WordPress tanpa menggunakan text editor yang biasa kita gunakan.

Kenapa atomic block ?

A new publishing experience for WordPress is in the works: get ready to make your words, pictures, and layout look as good on screen as they do in your imagination, without any code.

 Gutenberg

atomic block adalah theme yang dihasilkan khas dengan ciri ‘Gutenberg-compatible’. Jadi, fungsi Gutenberg telah ada dalam theme ini walaupun Gutenberg  sebenarnya belum dilancarkan lagi (akan dilancarkan dalam WordPress 5.0).

Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut berkenaan Gutenberg, Google saja, akan keluarlah informasi tentangnya dalam pelbagai bentuk (teks, grafik, video dsb).

Oklah, sampai berjumpa lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *