Poster Tadarus Al-Quran

Hari ini ada dua job design masuk iaitu design poster untuk dua program Tadarus Al-Quran di dua venue berbeza. Program anjuran PEKDIS dan Alimat Perlis ini dijadualkan berlangsung pada 2 Jun 2018.

Selesai solat Tarawih, proses kerja design saya mulakan dengan membuat beberapa lakaran idea. Kemudian, idea yang paling sesuai dipilih dan proses design sebenar bermula.

Lebih kurang sejam, beginilah hasilnya untuk poster pertama:

Beberapa font saya gunakan dalam design ini, antaranya Arial dan Cabin. Pada bahagian header poster, tajuk program dikemaskan dengan penggunaan simbol masjid manakala imej vektor Al-Quran turut dimasukkan ke dalam design.

Lebih kurang sejam, siap satu job. Satu lagi design, esoklah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *