Menu

ninefourty

kerja kami buat design!

Idea Di Sebalik Logo Ijtima’ Tarbawi

Sebenarnya kami telah menghantar sebanyak TIGA proposal design logo kepada urusetia pengelola Ijtima’ Tarbawi 6.0. Ketiga-tiga design tersebut kami hasilkan dalam tempoh seminggu.

Alhamdulillah, daripada tiga, logo yang kedua telah dipilih oleh urusetia sebagai logo rasmi program. Kalau tak silap, sebanyak enam design logo telah diterima oleh pihak urusetia sebelum keputusan pemilihan dibuat.

Idea di sebalik logo?

Ada orang tanya, camna boleh dapat idea nak buat logo macam ni? Ambik inspirasi daripada mana? 


Maka (pada pandangan kamilah), kami fikirkan bendera adalah simbol paling sesuai untuk dijadikan motif utama logo.

Pada pandangan kamilah 🙂

Motif Utama

Benda pertama yang terlintas di dalam kotak fikiran kami adalah bendera. Ya bendera… kerana matlamat utama program ini adalah bagi memperkasa tarbiyah dan fikrah bagi keutuhan parti PAS.

Maka (pada pandangan kamilah), kami fikirkan bendera adalah simbol paling sesuai untuk dijadikan motif utama logo. Bendera itu pula diletakkan dalam ‘container’ berbentuk bulat yang menggambarkan kesatuan dan kebersamaan.


Empat warna menjadi pilihan kami – hijau, putih, merah dan hitam. Keempat-empat warna ini adalah warna yang digunakan dalam logo Dewan Pemuda PAS Malaysia, ‘pemilik’ asal program ini manakala tiga titik pada bahagian atas sebelah kanan logo pula menyerupai rekaan yang ada pada logo DPPM.

gambaran logo pada t-shirt


Bagi menyerlahkan identiti program berkonsepkan tarbiyah, maka kami turut memasukkan elemen kaligrafi (Arab) pada design logo. Akhir sekali sebagai kemasan (finishing kata orang Perlis), logo ini diberikan ‘outline’ berwarna putih agar ianya nampak kemas apabila digunakan dalam design baju dan sebagainya. 

Ada cadangan agar logo ini menjadi logo tetap untuk siri-siri program Ijtima’ Tarbawi yang berikutnya. Bagi kami terpulanglah kepada Aktar DPPM untuk menilai cadangan tersebut kerana ‘lahirnya’ logo ini pun adalah disebabkan permintaan daripada urusetia IT6.0 di Perlis. 

Wallahua’lam.

Leave a Reply