Design Logo Lagi

Sekali lagi, kami diminta untuk design logo. Kali ini oleh Majlis Guru Besar Perlis. Kata mereka, nak buat logo untuk dijadikan sticker bagi program kembara motosikal. 

Ada DUA syarat yang diletakkan – pertama, logo mestilah berbentuk segitiga supaya nampak cantik kalau nanti nak sulam kat atas baju/jaket. Kedua, nak guna motif motosikal.

Ya, motosikal, bukan motosikal berkuasa besar, tapi motosikal kapcai.

Kami pun terus hasilkan design seperti yang dikehendaki. Hampir keseluruhan design dibuat menggunakan Photoshop kecuali motif motosikal yang kami ‘trace’ menggunakan Adobe Illustrator.

Ada DUA syarat yang diletakkan – pertama, logo mestilah berbentuk segitiga supaya nampak cantik kalau nanti nak sulam kat atas baju/jaket. Kedua, nak guna motif motosikal.



Alhamdulillah, selepas beberapa jam, design kami tunjukkan kepada mereka dan dipersetujui.

Design ini kemudiannya dihantar untuk dicetak dalam bentuk sticker menggunakan material white sticker. 


Alhamdulillah. Siap satu lagi projek design untuk bulan ini. Standby untuk projek berikutnya untuk Masjid Negara Kuala Lumpur.

Wallahua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *