Menu

ninefourty

kerja kami buat design!

Sekali-sekala Guna Design Yang Heavy…

Semalam (kelmarin kata orang utara), kami telah diminta untuk menghasilkan satu design banner untuk program ceramah. Ceramah bertajuk Misi Kemanusiaan Ke Lombok. Banner pula bersaiz 8’x4′.

Benda pertama yang terlintas dalam fikiran bila nak mula design ialah… konsep!

Cerita Di Sebalik Design

Ya. Step pertama adalah menentukan konsep design yang ingin digunapakai. Memandangkan banner ini berkait rapat dengan kejadian bencana di Lombok (dan beberapa tempat lain di Indonesia), maka kami memilih untuk menggunakan design yang agak ‘subtle’.

Background? Kami gunakan tekstur yang sedikit ‘grunge’ kerana kami ingin menimbulkan efek/kesan kemusnahan dalam design pada bahagian tersebut. Tidak cukup dengan itu, kami turut menggunakan beberapa jenis ‘brushes’, antaranya splatter brushes dan subtle grunge brushes agar efek kemusnahan itu lebih menarik.


Lihat pada background – terdapat kesan seperti tumpahan air (splatter). Kesan ini dihasilkan dengan bantuan splatter brushes.

Gambar-gambar malapetaka Lombok pula digabung dan dimasukkan ke dalam ‘splatter’ tadi secara ‘clipping mask’. 

Pada bahagian wording tajuk banner pula, subtle grunge brushes digunakan bagi menghasilkan wording yang bertekstur dan tidak plain. Brushes ini dimasukkan ke dalam wording juga menggunakan teknik ‘clipping mask’.

Benda pertama yang terlintas dalam fikiran bila nak mula design ialah… konsep! 

Di bawah adalah rupa wording tersebut:


Alhamdulillah. Setelah hampir tiga jam bermain-main dengan photoshop, akhirnya design banner ini berjaya disiapkan dan dihantar untuk cetak. Di bawah adalah rupa akhir banner yang telah siap.


Allahua’lam.

Leave a Reply