Logo Program Ride Amal MGB Perlis

Sekali lagi kami diberikan kepercayaan oleh Majlis Guru Besar (MGB) Perlis untuk merekabentuk logo untuk program terbaru mereka.

Program yang diberi nama Ride Amal ini berbentuk konvoi bermotor ke Selatan Thailand bagi menyampaikan sumbangan kepada institusi pendidikan pondok di sana.

Logo yang diminta – berbentuk segienam.

Logo Ride Amal MGB Perlis

Seperti logo-logo sebelumnya, warna utama yang digunakan adalah biru dan kuning iaitu warna bendera negeri Perlis. Selain itu, motif penunggang motosikal turut dimasukkan dalam desain.

Di bawah adalah desain-desain logo terdahulu.

Sesuai dengan bentuk logo yang ringkas, masa yang kami ambil untuk menghasilkan logo ini adalah kira-kira 2 jam saja.

Logo ini kemudiannya dicetak dalam bentuk sticker dan juga dimasukkan ke dalam desain banner program.