Projek-projek Kami Sepanjang Bulan Mac

Meskipun tidaklah sesibuk bulan-bulan sebelumnya, beberapa projek design telah berjaya kami siapkan sepanjang bulan ini. Antaranya projek design logo, poster, banner dan juga cover buku program.

1.0 Logo

Alhamdulillah, projek paling besar kami datangnya daripada Right Trip Travel & Event Consultant. Kami telah diberikan kepercayaan untuk merekabentuk logo mereka. Proses menyiapkan logo pula memakan masa hampir 3 minggu bermula daripada fasa perbincangan, penyediaan proposal sampailah kepada ‘close sale’ dengan pelanggan.

2.0 Poster

Seperti biasa, kami telah menyediakan beberapa design poster untuk program bulanan Masjid Negara Kuala Lumpur. Selain itu, kami turut merekabentuk poster kepada beberapa pelanggan lain sepanjang bulan ini.

3.0 Lain-lain design

Dan seperti biasa, kami akan design apa saja yang diminta oleh pelanggan kami. Ada design yang datang daripada idea pelanggan manakala ada pula pelanggan yang ‘redha’ dengan idea kami. Di bawah adalah sebahagian daripada kerja-kerja design yang pelbagai tu: