Design Poster Gelombang Akifi

Sebenarnya ada banyak kerja design dalam bulan Mei ni. Pada awalnya kami ingatkan kami akan berehat panjang sepanjang bulan Ramadhan ni, tapi Alhamdulillah boleh dikatakan setiap hari kami ‘terpaksa’ mengadap photoshop untuk kerja-kerja design.

Mengapa ringan-ringan? Sebab poster ni kami design untuk sebaran atas talian sahaja, bukan untuk cetakan. Jadi tak perlulah gunakan resolusi cetak yang besar. Tapi walaupun ‘ringan’, design poster ini agak detail dengan penggunaan brushes dan efek-efek lain.

Kenapa? Supaya pelanggan puas hati dengan hasil kerja yang outstanding yang mereka dapat.

Cerita sikit pasal design ni.

Memandangkan program ini program muslimat, maka tema lembut digunakan dalam design. Gambar figura dalam poster di’touch up’ balik agar ‘masuk’ dengan tema (brightness, contrast, saturation, curves dll).

Keduanya, pada bahagian tajuk poster, font ‘bold’ digunakan agar tajuknya menyerlah. Bagi mengelakkannya nampak plain dan membosankan, kami terapkan tona dan bayang pada tajuk utama agar nampak seakan timbul. Subtle grunge brushes pula digunakan bagi memberikan kesan tekstur pada permukaan tajuk tersebut.

Jadi, ada beza antara wording utama (tajuk) dengan wording yang lain (details program) yang agak plain.

Bahagian kotak hitam di belakang figure tu sengaja kami masukkan untuk memastikan wording utama (tajuk) timbul – teknik kontra. Agar kotak hitam itupun tidak nampak kosong, kami masukkan ‘pattern’ dalam tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *