KAMI DESIGNER MTQSS Kebangsaan 2019

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah KPM (MTQSS) Peringkat Kebangsaan telahpun berakhir. Program selama 4 hari 3 malam itu berlangsung di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, Perlis.

Kami telah diberi tugas besar – sebagai designer dan juga pereka KONSEP. Ya, konsep yang akan digunapakai dalam semua bahan penerbitan program peringkat kebangsaan ini.

Alhamdulillah setelah 3 hari, kami berjaya menghasilkan konsep program berkenaan. Ringkasnya, konsep berkenaan mengandungi TIGA elemen utama iaitu FONT, WARNA dan REHAL. Font utama yang digunapakai adalah Trajan Pro manakala dua warna utama pula terdiri daripada warna kuning dan biru.

Selain konsep, kami juga terlibat menghasilkan design untuk buku program, brosur, kad jemputan, template powerpoint dan juga sijil program. Kesemua design adalah berasaskan kepada konsep yang telah dipersetujui.

Selama hampir sebulan berkampung, Alhamdulillah, semua bahan penerbitan di bawah tanggungjawab kami berjaya kami siapkan.