BANNER KEM SEMARAK MINDA

Alhamdulillah, projek design terbaru kami berjaya kami siapkan semalam. Siap design bahkan sudahpun dicetak. Banner Kem Semarak Minda untuk SK Kuala Perlis.

Banner ini bersaiz 8′ x 4′.

Tema Design

Tema design? Ya, memandangkan Kem Semarak Minda adalah kem berbentuk motivasi kepada murid-murid tahun 6, maka design banner mengambil tema papan hitam.

Berlatarbelakangkan warna hijau, kami memilih font yang sesuai (handwritting) agar design ini menepati tema yang telah ditetapkan. Ini bagi memberikan rupa seolah-olah tulisan tersebut ditulis tangan menggunakan kapur tulis.

Nah… nampak macam papan hitam dak?

Selain itu, pada bahagian latar belakang, bagi mengelakkan kelihatan kosong dan membosankan, kami menyusun beberapa bentuk lukisan bagi menonjolkan lagi rupa papan hitam.

Memandangkan tema yang dipilih adalah mudah, maka kami hanya mengambil masa kira-kira dua jam saja untuk menyiapkan design banner ini.