Asyik design poster

Dua hari ni, kami takda kerja lain, melainkan kerja design poster. Ya…poster. Bukanlah poster yang ‘heavy-heavy’, namun walaupun tak ‘heavy’, berjam-jam jugaklah nak siapkannya.

Ada poster yang biasa, ada pula poster berbentuk infografik.

Biasa vs Infografik

Ada bezakah? Ya… ada. Walaupun kedua-duanya bertujuan menyampaikan maklumat, namun ‘cara’ penyampaian antara poster biasa dengan poster infografik adalah berbeza.

Berbeza dengan poster biasa, anda perlu ‘bermain-main’ dengan bentuk dan simbol dalam poster infografik manakala setiap maklumat perlu dipersembahkan dalam bentuk yang amat menarik, ringkas dan mudah difahami.

Poster-poster Kami

Di bawah adalah sebahagian daripada poster yang telah kami hasilkan dalam sehari dua ni.

Poster untuk NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
Poster Infografik Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
Lagi Poster Infografik

Oklah, ada masa nanti kami tulis lagi.