STRIMER LAKSA UTARA

Alhamdulillah, semalam satu lagi projek design bagi bulan ini telah kami siapkan. Projek berkenaan datangnya daripada Cikmah Laksa Utara (Kuala Lumpur).

Ya… Kuala Lumpur. Kami pula di Perlis.

Jadi, untuk projek ini, kami hanya menyediakan design manakala urusan percetakan pula diurus sendiri oleh pelanggan memandangkan jarak antara kami dengan pelanggan yang jauh. Fleksibel bukan?

Sedikit tentang design

Kami dihubungi oleh pelanggan yang meminta kami menyediakan design strimer bersaiz 2′ x 5′. Kemudian, pelanggan turut diberi peluang mengemukakan idea design (agar lebih bersesuaian/bertepatan dengan tujuannya).

Lebih kurang beginilah draf idea yang dikemukakan oleh pelanggan. Apa yang menarik, beliau turut menyertakan sekali logo perniagaan dan font yang ingin digunakan.

Nah, kerja kami menjadi lebih mudah.

Seterusnya, kerja-kerja design dimulakan. Bermula dengan proses menentukan konsep design, keseluruhan projek berjaya disiapkan dalam masa sejam lebih.

Dan design kami diterima!

Logo Cikmah Laksa Utara

Kolaborasi memudahkan kerja!

Kolaborasi designer – pelanggan menjadikan kerja-kerja design lebih mudah selain menepati citarasa dan kehendak mereka. Sebab itulah kebiasaannya kami akan bertanyakan dahulu kepada para pelanggan akan idea dan kehendak mereka – sebelum proceed dengan kerja-kerja design.

Nah. Siap strimernya.