TUTORIAL: EFEK KEDUTAN FABRIK

Lama kami tidak menulis. Hari ini, kami akan tuliskan satu lagi tutorial, ringkas saja, sesiapa saja boleh memahami dan mengikutinya. Tutorial menghasilkan efek kedutan seperti fabrik pada design.

Ya, kedutan fabrik pada design.

Jom Kita Mulakan Tutorial

Apa yang anda perlukan hanyalah design yang telah siap dan sedikit kerja suntingan. Langkah pertama, pilih mana-mana design yang anda inginkan.

Langkah berikutnya pula adalah melukis satu bentuk ellipse berwarna putih menggunakan ‘ellipse tool’. Kenapa putih? Sebab kita nak agar bahagian ini jadi bahagian kedutan yang nampak ‘timbul’ bila siap nanti.

Langkah seterusnya adalah dengan mem’blur’kan bentuk tersebut menggunakan Gaussian Blur.

Seterusnya pula, kita lukis bentuk ellipse kedua – kali ini dengan warna yang lebih gelap dan di’blur’kan seperti langkah di atas.

Dapat bentuk macam di atas? Kalau dapat, proceed ke langkah berikutnya. Kedua-dua bentuk ellipse yang telah di’blur’kan tadi kemudiannya dikurangkan ‘opacity’nya sehingga nampak seperti bahagian kedutan.

Hasilnya adalah seperti gambar di bawah:

Untuk jadikan kedutan kita nampak realistik, maka bahagian kedutan perlu diperbanyakkan lagi. Anda boleh ulang langkah di atas untuk memperbanyakkan efek kedutan di atas design.

Jika anda mahir, anda juga boleh melukis bentuk kedutan (bukan ellipse) secara manual agar kedutan anda nampak lebih realistik.

Done. Ingat, efek kedutan fabrik yang kami tulis di sini adalah menggunakan teknik paling asas iaitu dengan menggunakan ellipse tool. Ada banyak kaedah lagi untuk menghasilkan efek kedutan fabrik pada design.

Selamat mencuba.