COVER BUKU MGB PERLIS

Alhamdulillah, banyak pula job design yang masuk pada bulan ini. Ketika entri ini ditulis pun, masih ada beberapa job yang belum sempat kami siapkan lagi – ada juga yang sedang di’review’ oleh pelanggan.

Oklah, memandangkan banyak yang belum siap, kami ceritakan di sini projek design yang telah siap saja.

Design Cover Buku MGB Perlis

Projek design ni masuk malam tadi, namun memandangkan pada masa tersebut kami sedang bertungkus-lumus menyiapkan satu projek besar kami untuk bulan ini, jadi ‘kick-off’ projek design ini hanya sempat kami mulakan pagi ini.

Ya… projek ini ringkas saja. Dua design untuk dua bahagian cover (depan dan belakang). Berikut adalah rupa design yang telah kami siapkan untuk pelanggan:

Design Cover Hadapan
Design Cover Belakang

Design Simple Tapi…

Walaupun hanya tiga jenis font digunakan dalam design namun susun aturnya dibuat supaya design yang simple ini nampak macam ‘pro’ dan tidak terlalu biasa. Alhamdulillah, selepas hampir sejam, design ini berjaya kami siapkan dan diserahkan kepada pelanggan.

Selain job ini, kami juga sering terlibat dalam kerja-kerja design banner, logo program dan sticker untuk MGB Perlis.

Oklah, banyak lagi kerja design yang perlu kami siapkan. Sampai ketemu lagi.