HIMPUNAN PENYATUAN UMMAH

Terima kasih kerana setia bersama blog ini 😀 . Hari ini kami ingin kongsikan dengan anda dua design yang telah kami hasilkan untuk program Himpunan Penyatuan Ummah yang akan berlangsung pada hujung minggu nanti.

Design Poster dan Banner

Kami telah diminta untuk menghasilkan design bagi poster dan banner program. Seperti biasa, sebelum bermula dengan kerja-kerja design, perkara pertama yang kami akan putuskan adalah KONSEP.

Ada orang tanya, kenapa perlu ada KONSEP?

Kerana KONSEP akan melambangkan identiti penerbitan kita. KONSEP juga akan menjadi ‘guideline’ untuk design-design kita yang berikutnya. KONSEP juga membantu audien mengenali hasil kerja/produk kita.

Jadi, Apa KONSEPnya?

Akhirnya, kami putuskan agar design untuk program ini berkonsepkan ‘realistik’ – maksudnya, apa-apa produk penerbitan nanti akan didesign agar nampak seperti betui, 3D, real, timbul… apa-apa sajalah.

Lihat pada anak panah / arrow dan juga font ‘handwritten’ tu. Kedua-dua elemen itu dimasukkan ke dalam design untuk membantu menguatkan lagi konsep design.

Begitu juga pada bahagian kotak hitam yang mengandungi tajuk utama poster. Bahagian tersebut ditambah dengan tekstur serta efek cahaya yang dihasilkan menggunakan brush agar tidak nampak terlalu ‘plain’.

Kemudian, lihat pula pada bentuk tangan pada gambar di sebelah. Tangan dan kertas yang mengandungi tajuk kecil berwarna hijau itu juga sengaja dimasukkan ke dalam design nampak lebih realistik.

Selain itu, penggunaan bayang (shadow) pada setiap elemen dalam design (bentuk, font, gambar dsb) pula dibuat secara berhati-hati agar tidak nampak seakan dibuat-buat.

Akhirnya, beginilah rupa poster program yang telah siap kami design. Oh ya, ada dua warna utama yang digunakan dalam design iaitu HIJAU dan PUTIH.

Design poster program

Di bawah pula adalah design banner untuk program yang sama – juga dihasilkan menggunakan KONSEP yang sama dengan poster tadi walaupun dalam saiz yang berbeza.

Design banner

Oklah, banyak lagi kerja design yang perlu kami siapkan. Sampai ketemu lagi. Assalamualaikum warahmatullah.