LOGO KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM

Alhamdulillah, dalam kesibukan kami sempat menulis lagi. Kali ini ingin kami kongsikan bersama anda berkenaan satu lagi projek design yang telah kami hasilkan – pada awal tahun yang lalu – yang kini sedang viral di media.

Logo Kempen Beli Produk Muslim. Logo ini kami hasilkan untuk NGO UMMAH.

Memandangkan kami juga adalah pereka logo UMMAH, maka mereka telah meminta kami untuk menghasilkan satu logo bagi menggambarkan identiti kempen mereka – Kempen Beli Produk Muslim. Logo berkenaan mestilah mudah dan mempunyai warna yang sesuai dan jelas untuk menerangkan tentang kempen tersebut.

Photoshop!

Satu Design, Pelbagai Kombinasi Warna

Kami kemudiannya menghasilkan satu design logo – tetapi dengan beberapa kombinasi warna. Bentuk asas logo yang dipilih adalah bulat dengan logo UMMAH terletak di tengah-tengah logo manakala perkataan ‘Kempen Beli Produk Muslim’ pula mengelilingi logo berkenaan.

Daripada beberapa kombinasi warna yang dicadangkan, akhirnya pihak NGO memilih logo dengan kombinasi warna hitam dan merah.

Poster yang kami hasilkan untuk UMMAH pada bulan Julai yang lalu

Walaupun logo ini telah lama kami hasilkan, namun logo ini hanya popular sejak kempen BMF (Buy Muslim First) hangat dijalankan. Kini logo ini (bersama-sama beberapa logo BMF lain) digunakan secara meluas oleh pelbagai pihak dalam kempen-kempen BMF yang mereka jalankan.

Haha… photo editing

Oklah, ada masa nanti kami tulis lagi.