PROJEK DESIGN AWAL BULAN

Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah, setelah sekian lama ‘hilang dari radar’, hari ini kami punya kesempatan untuk mengemaskini blog ini dengan projek-projek terbaru yang telah kami siapkan.

01. Macam Selalu – Design Poster

Projek pertama yang menjadi tajuk cerita kali ini adalah design poster. Ya… poster. Ada beberapa poster telah kami siapkan sepanjang minggu ini, dua daripadanya adalah untuk PAS Negeri Perlis dan juga Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis:

Poster program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS
Gelombang AKIFI

02. Design Sticker

Keduanya pula adalah projek yang jarang-jarang – design sticker. Bulan ini kami terlibat dengan kerja-kerja design dan cetak sticker, kedua-duanya untuk Ukhwah Bikers (Perlis).

Sticker Ride & Drive
Sticker Ukhwah Bikers

03. Banner Program

Last sekali, banner program. Ada beberapa design banner yang telah kami siapkan designnya sepanjang awal bulan ini. Di bawah adalah sebahagian daripada banner yang telah siap.

Untuk Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
Proposal design untuk Genius Khalifah (Sg. Petani)
Banner Ride & Drive, Ukhwah Bikers (Perlis)

Oklah, ada beberapa job lagi yang perlu kami siapkan. Insya Allah ada kelapangan nanti akan kami muatkan di sini.

Sampai ketemu lagi.