DESIGN BANNER SEKOLAH

Minggu ini kerja kami buat design banner dan backdrop untuk sekolah. Ada juga projek design poster tapi tak banyak seperti minggu-minggu sebelumnya.

Berbanding poster, design banner ini pada kami sebenarnya lebih mudah dan straightforward.

Straightforward?

Ya, pertama anda cuma perlu tentukan saiz banner/backdrop. Kemudian dapatkan wording dan details yang nak dimasukkan ke dalamnya. Tahu gambar (atau bahan grafik) apa yang nak digunakan.

Pastu, blend.

Anda tak perlu over design, tak banyak karenah, tak perlu fikir sangat pasal format, pasal alignment content yang banyak-banyak, pasal itu pasal ini. Tak perlu nak touch-up sangat-sangat, tak perlu pening dengan resolusi gambar yang tak berapa nak cukup!

Design Banner Minggu Ni

Ok, berbalik kepada tajuk asal, minggu ni kami ingin kongsikan bersama anda dua design banner/backdrop untuk dua buah sekolah. Yang pertama untuk Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Furqan (Perlis). Banner untuk program Panitia Bahasa Inggeris.

Saiz banner 6′ x 4′. Tema? Sudah semestinya tema sekolah .

Kedua pula backdrop untuk Asrama Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis (Perlis). Saiz backdrop adalah 8′ x 4′. Untuk menimbulkan tema birthday/happy, kami menggunakan warna yang ceria, background polka dot serta beberapa klip grafik.

Akhirnya, pelanggan kata ‘OK’. Mission accomplished!

Oklah, ada masa nanti kita berjumpa lagi. Masa untuk sambung kerja!