MUSLIMAH SOUQ

MUSLIMAH SOUQ

Semalam, dekat jam 4 pagi jugalah kami tidur kerana menyiapkan design untuk banner pelanggan kami. Banner bersaiz 11′ x 3′ untuk dipasang di depan premis mereka.

Muslimah Souq – nama sebuah perniagaan butik Muslimah di Perlis. Istimewanya pelanggan kami ni adalah, bermula dari design logo, kad niaga sehinggalah ke papan tanda (signboard) kedai, semuanya dihasilkan oleh kami.

Maka sebab tulah kami tak kisah sangat walaupun terpaksa bersengkang mata menyiapkan projek terbaru ni.

Beberapa hari sebelumnya, kami telah diminta untuk menghasilkan design baru untuk banner kedai Muslimah Souq. Antara yang perlu diubah adalah warna latarbelakang dan design banner itu sendiri.

Mereka kata nak supaya lebih ceria!

Banner Lama

Di bawah adalah design banner lama yang perlu digantikan.

Warna Pink!

Kemudian, setelah lebih 2 jam, maka kami telah hasilkan satu design baru yang kami fikirkan memenuhi kehendak pelanggan kami (Alhamdulillah, mereka pun proceed dengan design ini).

Kalau dilihat, takdalah apa-apa perubahan ‘radikal’ antara kedua-dua design banner ini. Tetapi apa yang penting, design kami ini telah dipersetujui oleh pelanggan berdasarkan kepada beberapa kehendak yang mereka maklumkan kepada kami sebelum proses design bermula.

Oklah, cukup setakat tu dulu untuk kali ini.

Leave a Reply

Up Next:

DESIGN-DESIGN LOGO

DESIGN-DESIGN LOGO