MAJLIS TA’LIM AS-SURUR

MAJLIS TA’LIM AS-SURUR

Pagi tadi, kami telah dihubungi oleh wakil daripada Majlis Ta’lim As-Surur (Perlis), meminta kami untuk merekabentuk logo bagi program mereka.

Wakil berkenaan memberikan kepada kami lakaran/idea asal logo yang dicadangkan, untuk kami lukis kembali dalam bentuk yang berwarna dan lebih cantik – ya, itulah permintaannya.

Idea Asal Mereka

Di bawah adalah idea asal logo yang telah dihasilkan oleh mereka. Ada motif kubah, ada bulan dan juga kitab/buku pada bahagian bawah.

Turut kelihatan dalam idea asal itu ialah tulisan ‘Majlis Ta’lim As-Surur’ dalam rumi dan jawi.

Fasa Seterusnya – Design

Setelah berbincang lanjut dengan mereka, kerja-kerja design pun bermula. Beberapa perubahan kami buat antaranya mengubah bentuk kitab/buku agar lebih ‘mesra’ dengan design, menukar font jawi dan rumi kepada yang lebih bersesuaian serta memasukkan warna yang dicadangkan (hitam, emas dan hijau) ke dalam design.

Design yang siap, dipersembahkan kepada pelanggan dan setelah beberapa kali diubahsuai, akhirnya kami tunjukkan final design logo tersebut.

Wah Begitu Cepatnya Sekali…?

Ya, kalau pelanggan dah ada idea asal dan berikan kerjasama yang amat baik dalam perbincangan, insyaAllah kerja-kerja design tidak akan mengambil masa yang lama. Projek ini adalah contohnya, telah kami serahkan kepada pelanggan pada hari yang sama permintaan dibuat.

Oklah sampai bersua lagi nanti. Assalamualaikum.

Leave a Reply

Up Next:

MUSLIMAH SOUQ

MUSLIMAH SOUQ