Design Logo Lagi

Sekali lagi, kami diminta untuk design logo. Kali ini oleh Majlis Guru Besar Perlis. Kata mereka, nak buat logo untuk dijadikan sticker bagi program kembara motosikal.  Ada DUA syarat yang diletakkan – pertama, logo mestilah berbentuk segitiga supaya nampak cantik kalau nanti nak sulam kat atas baju/jaket. Kedua, nak guna motif motosikal.

Idea Di Sebalik Logo Ijtima’ Tarbawi

Sebenarnya kami telah menghantar sebanyak TIGA proposal design logo kepada urusetia pengelola Ijtima’ Tarbawi 6.0. Ketiga-tiga design tersebut kami hasilkan dalam tempoh seminggu. Alhamdulillah, daripada tiga, logo yang kedua telah dipilih oleh urusetia sebagai logo rasmi program. Kalau tak silap, sebanyak enam design logo telah diterima oleh pihak urusetia sebelum keputusan pemilihan dibuat.